MENU
Majlis Perasmian Penutup Cabaran Larian Denai Tampin Trans Naning Ultra (TTNU) 2024 Vol.3 di Tampin Water Park telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mustapha Bin Nagoor, EXCO Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir YB Tuan Suhaimizan Bin Bizar, ADUN Kawasan Gemencheh, Puan Razmona Binti Abdul Razak, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan serta ketua dan wakil jabatan Negeri dan Daerah, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Tampin.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diatas sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program kali ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan untuk program yang akan datang.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang TTNU2024 moga berjumpa lagi ditahun akan datang.