MENU

NS Fest 2024 sedang berlangsung ketika ini di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Penganjuran NS FEST pada tahun ini menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan serta Negeri Sembilan Food Festival yang bakal menggegarkan Dataran Nilai sepanjang 8 Hari, 10 pagi hingga 10 malam, bermula 27 Julai sehingga 3 Ogos 2024 ini.
 
Sebanyak 250 reruai yang akan turut serta memeriahkan lagi festival ini yang melibatkan penyertaan daripada usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri dan Jabatan/ Agensi Negeri serta Persekutuan.
 
Majlis Daerah Tampin turut tidak ketinggalan memperkenalkan produk-produk pelancongan menarik yang terdapat di Tampin. Jumpa kami di reruai Pesona Tampin. Kenali Tampin...macam-macam ada.