Program Kutipan Barangan Kitar Semula dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai kembali lagi dengan kerjasama SWCorp dan syarikat IRR.
Kepimpinan melalui tauladan.Tuan Zahari Bin Md Afandi, Yang Dipertua turut menyokong program tersebut dengan menjual minyak masak terpakai yang dibawa dari rumahnya.
Aktiviti kitar semula adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah, selain dapat menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran.
Program ini akan diperluaskan lagi ke kawasan Gemencheh dan Gemas. Semoga program ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
'Bersamalah kita menjaga kebersihan alam sekitar'