MENU

KUALA LUMPUR, 9 Julai - Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara, JKKPPN diadakan hari ini melalui sidang video, dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

JKKPPN berfungsi memantau pelaksanaan strategi dan bantuan di bawah Pelan Pemulihan Negara, PPN

Mesyuarat bersetuju melantik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras bagi PPN.

Persetujuan juga dicapai untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pakar-pakar kesihatan, ekonomi dan sosial, bagi mendapatkan maklum balas dan menilai secara berterusan keberkesanan tindakan kesihatan awam yang sedang dilaksanakan, strategi pengurusan pesakit di hospital dan strategi pemberian pemberian vaksin kepada populasi di Malaysia.

Ini bagi memastikan strategi pengurusan pandemik berada di landasan yang betul.

Kerajaan akan terus memastikan segala tindakan dalam menjayakan PPN akan mengutamakan kebajikan rakyat dan bersifat telus serta inklusif.

Bagi memastikan kelancaran PPN, agensi pelaksanaan ekonomi dan koordinasi nasional (LAKSANA) telah dilantik sebagai sekretariat kepada JKKPPN, untuk menyelaras usaha-usaha kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aspek PPN.

Sumber : Berita RTM