MENU

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada

Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) serta seluruh warga kerja MPT atas sambutan mesra dan layanan yang amat baik sepanjang lawatan ini.

Delegasi daripada Majlis Daerah Tampin (MDT) telah diketuai oleh

Puan Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua MDT, bersama Ahli Majlis, pegawai serta kakitangan MDT.

 17 MEI 2026

Sehari sebelum lawatan rasmi ke MPT, delegasi MDT berkesempatan ke Pekan Sehari Temerloh yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong serta menyokong ekonomi komuniti setempat. Pada sebelah petang pula kami menikmati pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Pahang.

 18 Mei 2026

Lawatan rasmi ke MPT telah memberikan pelbagai manfaat melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh dan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Terima kasih MPT!