MENU

Pemeriksaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas merupakan suatu rancangan pemajuan yang disediakan untuk pelaksanaan. Matlamat RKK Gemas adalah untuk menjadikan Gemas sebagai Pusat Katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta ke arah pembangunan bandar yang kondusif dan mampan. RKK Gemas telah membentuk lapan (8) strategi pembangunan keseluruhan kawasan dan tiga (3) strategi pembangunan bagi kawasan pusat bandar Gemas. Daripada strategi-strategi ini telah menghasilkan sebanyak 106 cadangan untuk dilaksanakan. Kunjungi pusat-pusat pemeriksaan disediakan untuk maklumat lanjut. Pandangan dan cadangan anda amat kami hargai.  Juga anda boleh melayari laman sesawang http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti/ 

Pusat Pemeriksaan RKK Gemas :

1. Pejabat Majlis Daerah Tampin
2. Pejabat Majlis Daerah Tampin (Cawangan Gemas)
3. Pejabat Daerah Dan Tanah Kecil Gemas
4. Pejabat PLAN Malaysia @ Negeri Sembilan

Dibuka dari 27 November hingga 27 Disember 2018. Masa 8.30 pagi hingga 4.30 petang hari bekerja sahaja.