MENU

Tempoh perjanjian penyewaan gerai serta lesen peniagaan tahun 2019 akan berakhir pada 31 Disember 2019 dan sekiranya tuan/puan masih berminat untuk meneruskan perniagaan sila hadir ke Pejabat Majlis Daerah Tampin untuk memperbaharui perjanjian serta lesen perniagaan mulai 01 November 2019 sehingga 31 Disember 2019 dengan syarat seperti berikut :-

* Menjelaskan keseluruhan sewaan (sehingga Disember 2019)

* Penyewa perlu hadir sendiri untuk menandatangani perjanjian penyewaan

* Mematuhi segala syarat perjanjian yang telah ditandatangani

* Memperbaharui permit meletak meja diluar premis (sekiranya ada) 

 

Diingatkan bahawa tiada tempoh perlanjutan akan diberikan. Sekiranya tuan/pun gagal memperbaharui perjanjian dan lesen perniagaan 2020 seperti yang ditetapkan, penjanjian penyewaan tuan/puan akan terbatal dengan serta merta dan perlu mengosongkan ruang pernigaan tersebut .

 

Sebarang permasalahan dan pertanyaan sila hubungi Pn Noor Saadah Bt Karim / Ahmad Fitri Bin Salehuddin di talian 064411601 atau hadir sendiri ke Jab Penilaian MDTampin .