MENU

Program Sesi Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Tampin 2035 & Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan pelbagai agensi dan NGO telah diadakan di Dewan Perdana Tampin pada 2 Oktober 2019 . Perbincangan ini bertujuan  untuk mengumpul maklumat  bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 . 

Program ini merupakan salah satu landasan MDTampin untuk mendapatkan maklum balas berkaitan isu-isu setempat, cadangan, pandangan dan juga teguran-teguran yang membina dari pelbagai aspek bagi memastikan pembangunan yang dirancang berjaya dilaksanakan seterusnya meningkatkan kesejahteraan penduduk Tampin umumnya dimasa akan datang. Terima kasih kepada pihak PLAN Malaysia, agensi-agensi teknikal peringkat daerah dan negeri, MPKK, NGO dan pihak konsultan diatas komitmen diberikan sepanjang program berlangsung.