MENU

31 Ogos 2019. Lebih 5000 peserta menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Ke-62 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini. Ia merangkumi 104 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi. Majlis Daerah Tampin (MDT) turut mengambil bahagian didalam perbarisan kali ini. MDT memperagakan baju koperat baru serba putih bagi mencerminkan integriti tinggi dan topi berwarna merah sebagai tanda berani menghadapi cabaran mendatang untuk perbarisan kali ini. Perbarisan diketuai Setiausaha MDT, En. Mohd Hafiz Bin Mohd Yusof dengan kekuatan 50 anggota.