Makluman penutupan jalan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2019 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban.
TARIKH DAN MASA YANG TELAH DI TETAPKAN :-
• 28 Ogos 2019 (Rabu) - Latihan (7.30pagi - 12.30tengahari)
• 29 Ogos 2019 (Khamis) - Raptai Penuh (7.00pagi - 12.30tengahari)
• 31/08/2019 (Sabtu) - Sambutan Hari Kebangsaan (6.00pagi - 12.30tengahari)
Beberapa jalan akan ditutup bagi menjayakan program latihan/raptai/hari sambutan tersebut mengikut ketiga-tiga hari dan dalam tempoh masa seperti ditetapkan. Diantara jalan atau lorong terlibat dengan penutupan :
• Sepanjang Jalan Yam Tuan.
• Persimpangan lampu Isyarat Jalan Tunku Hassan / Jalan Dato Abdul Malek.
• Persimpangan Jalan Yam Tuan / Jalan Dato Lee Fong Yee.
• Persimpangan Jalan Lee Kee Siong / Lorong Jawa 1.
• Persimpangan Jalan Dato Abdul Kadir / Jalan Lee Kee Siong.
• Persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Bandar Tunggal / Jalan Dato Seikh Ahmad.
• Persimpangan Lorong Khalsa / Lorong Jawa 1.
• Persimpangan Jalan Dato Bandar Tunggal / Jalan Berhala@Kuil.
• Jalan Stesen (lorong sebelah menghala ke Jalan Dato Bandar Tunggal).
• Bulatan Istana Hinggap / Jalan Dato Hamzah.
- Semua pengguna jalanraya yang terlibat semasa waktu penutupan perlu merancang awal perjalanan ke destinasi masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesesakkan lalulintas.
- Gunakan laluan atau jalan-jalan alternatif untuk ke Pusat Bandar Seremban seperti :
A). Jalan Sungai Ujong
B). Jalan Tuanku Munawir
C). Jalan Tun Dr. Ismail
D). Jalan Leftenan Adnan
E). Jalan Haji Said
F). Jalan Tuanku Antah
- Pengguna yang ingin ke arah Ampangan / Jelebu / Kuala Pilah / Port Dickson dan lain-lain destinasi, sila gunakan laluan seperti :
A). Jalan Lingkaran Tengah
B). Jalan Seremban-Kuala Pilah
C). Jalan Seremban-Jelebu
D). Jalan Rasah-Port Dickson
E). Jalan Seremban-Mantin
F). Jalan Senawang-Paroi
G). Jalan Persiaran Senawang 1
- Bagi yang ingin ke Kuala Lumpur / Melaka / Nilai / Kajang boleh gunakan laluan seperti :
A). Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS)
B). Lebuhraya LEKAS
C). Lebuhraya SPDH
PERINGATAN
Jalan dan Lorong atau Persimpangan yang terlibat dengan penutupan akan dikawal oleh anggota PDRM, IPD Seremban dan semua pengguna perlu mematuhi arahan serta memberi kerjasama kepada petugas-petugas PDRM bagi mengelakkan kesesakkan yang lebih teruk sewaktu tempoh penutupan khususnya di Pusat Bandar Seremban.
Sekian,
SELAMAT MEMANDU DAN BERHATI-HATI DI JALANRAYA.
SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH.
Sumber: IPD SEREMBAN NEGERI SEMBILAN