MENU

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tampin (KESUKMADT) Tahun 2019 telah berlangsung di Dewan Perdana Tampin. Majlis telah dirasmikan oleh En. Zulhilmi Bin Marzuki mewakili Setiausaha MDT yang tidak dapat hadir diatas komitmen tertentu diiringi Pengerusi kelab En. Mohd Adib Bin Abdullah. Mesyuarat kali ini telah melantik barisan ahli jawatankuasa yang baru bagi penggal 2019-2020 di ketuai oleh En. Herri Bin Ibrahim sebagai Pengerusi KESUKMADT yang baru. Pihak pengurusan mengucapkan syabas dan semoga kepimpinan baru dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.