MENU

Perhimpunan bulanan warga Majlis Daerah Tampin (MDT) telah berlangsung pada 15 Januari 2019 jam 2.30 petang di Dewan Bandaran Tampin. Perhimpunan kali ini dihadiri Yang Dipertua MDT, Puan Suhaiza Binti Sharudin, En. Mohd Hafiz Bin Yusof (Setiausaha) serta seluruh warga kerja meliputi kakitangan di Tampin, Gemencheh dan Gemas. Puan Yang Dipertua telah menyampaikan amanat agar warga MDT bekerja dengan lebih tekun serta amanah didalam menyampaikan perkhidmatan seterusnya mencapai pencapaian kerja yang lebih baik pada tahun ini. Turut diadakan sesi penyampaian hadiah serta penghargaan kepada pasukan bola sepak MDT yang telah memenangi anugerah "fair play" dan penjaring terbanyak Liga Piala President Negeri Sembilan 2018.