MENU

Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas telah berlangsung dengan jayanya pada 27 November 2018 yang lalu di Stesen Keretapi Lama Gemas. YB. Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru Negeri Sembilan telah hadir bagi mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Bin Harun bagi merasmikan majlis. Sesi taklimat berkaitan Draf RKK Gemas turut diadakan oleh pihak PLAN Malaysia bagi memberi penerangan kepada umum. Sesi dialog turut dibuka bagi membolehkan orang ramai mengutarakan pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan RKK ini. Majlis tamat pada jam 5.00 petang. MDTampin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PLAN Malaysia, KTM, Jabatan Penerangan, JKR, Pejabat Daerah Tampin, Pejabat Daerah Kecil Gemas serta semua pihak yang terlibat didalam menjayakan majlis ini.