MENU

Sesi Dialog Komuniti Taman Kasturi, Gemencheh Bersama Pemimpin telah berlangsung pada 17 November 2018 yang lalu. YB. Hasan Bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin turut meluangkan masa bagi bersama-sama mendengar permasaalahan penduduk. Pelbagai pihak terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan peringkat Daerah Tampin serta NGO telah turut serta didalam sesi tersebut. Pihak MDT akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi permasaalahan yang diutarakan terutamanya berkaitan limpahan air hujan dan kenderaan yang dipandu laju didalam taman. Pihak MDT akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain untuk mengatasi masaalah yang dihadapi.