MENU

Perjumpaan ramah mesra bersama YB. Dr. Hasan Bin Bahrom (Ahli Parlimen Tampin) dan YB. Veerapan A/Ĺ Superamaniam (Adun Repah) dengan warga kerja Majlis Daerah Tampin, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin serta Pejabat Daerah Kecil Gemas telah berlangsung pada 15 Mei 2018 yang lalu di Dewan Perdana Tampin. Di dalam perjumpaan tersebut kedua-dua pemimpin mengharapkan kerjasama erat diantara pucuk pimpinan yang baru dengan semua agensi kerajaan di daerah ini. Mereka juga berharap agar jentera kerajaan sediaada terus fokus didalam melaksanakan agenda kerajaan yang baru agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.