MENU

 

 

MAJLIS DAERAH TAMPIN

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

PEMBERITAHUAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 13(2)

PEMERIKSAAN AWAM KE ATAS DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TAMPIN 2020 (PENGUBAHAN 2-2017)

Salinan laporan addendum bagi kelas kegunaan gunatanah dan peta cadangan Blok Perancangan Kecil (BPK) boleh didapati untuk diperiksa mulai  17hb Julai 2017 hinggan 16hb Ogos 2017 (pada hari bekerja sahaja) pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg di lokasi-lokasi berikut :-

1.   Pejabat Majlis Daerah Tampin, Daerah Tampin

2.  Jab. Perancangan Bandar dan Desa N.Sembilan, Ting.3, Blok A, Wisma

      Negeri, Seremban

Orang awam dan pemilik tanah yang berkaitan adalah dijemput untuk membuat pemeriksaan dan sebarang maklumbalas / cadangan atau representasi boleh dibuat melalui Borang Penyertaan Awam yang disediakan atau surat rasmi atau di laman web Majlis Daerah Tampin selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2017 jam 4.30 ptg. Semua borang dan surat boleh dialamatkan kepada :-

Yang Dipertua

Majlis Daerah Tampin

73000 Tampin, Negeri Sembilan

 

Atau

 

Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan,

Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri,

70646 Seremban, Negeri Sembilan