Penarafan Bandar Pintar Tahap 1 - Bandar Pintar Perantis (Smart City Early Adopter) 2026
Majlis Daerah Tampin (MDT) merakamkan rasa syukur dan penghargaan atas pencapaian memperoleh Penarafan Bandar Pintar Tahap 1 – Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) 2026.
Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026 serta Peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) yang berlangsung di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor.
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen berterusan MDT dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar pintar melalui penggunaan teknologi, inovasi dan pendekatan perancangan bandar yang mampan demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MDT untuk terus melangkah ke hadapan dalam merealisasikan pembangunan bandar yang lebih pintar, cekap, mampan dan berdaya huni.
Tampin Indah, Bersih, Selamat.


