Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan terhadap pelaksanaan Kempen Penjagaan Anjing Yang Baik yang telah berlangsung di Dewan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sian Khor Tampin hari ini.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Siti Noraidah binti Idris, Pegawai Perancang Bandar Dan Desa selaku Setiausaha, MDT.
Tidak dilupakan rakan kerjasama kempen iaitu Jabatan Veterina Negeri Sembilan /Daerah Tampin dan Klinik Haiwan & Surgeri Elite yang banyak berkongsikan maklumat penjagaan haiwan yang sepatutnya kepada Ahli Majlis , Ketua/wakil jabatan serta tetamu yang turut sama turun padang bagi memberi sokongan terhadap kempen ini.
Semoga kempen seperti ini akan terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya pemilik anjing agar kesejahteraan dan persekitaran yang baik dapat diwujudkan di daerah ini umumnya.


