Majlis Daerah Tampin dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan program Tampin MTB Jamboree 2026 (Edisi Gemas).
Sejajar dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas telah dipilih sebagai lokasi program pada kali ini. Selain itu, ia turut memberi peluang untuk diperkenalkan kepada para peserta dan pengunjung bahawa lokasi yang dahulunya suram dan terbiar kini telah berubah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menarik di daerah ini.
2 Mei 2026 - Tampin MTB Jamboree 2026 (Edisi Gemas) membuka tirai dengan acara Push Bike Challenge yang disertai oleh kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan selepas solat Maghrib, diadakan Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud bertempat di Masjid Jamek Pekan Gemas.
3 Mei 2026 – Tepat jam 7.30 pagi peserta jamboree berbasikal telah dilepaskan untuk memulakan kayuhan sejauh 42 kilometer dengan menempuh pelbagai halangan dan cabaran, sekali gus menguji ketahanan serta kekuatan fizikal para peserta.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan, turut hadir sama Puan Isnizawati binti Muhammad Khairuddin, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Hazwani binti Ahmad, Ketua Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kecil Dan Tanah Gemas serta Ketua/wakil Jabatan yang Bersama-sama dalam menyajakan program ini.


