Dimaklumkan kepada seluruh pemilik hartanah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tampin bahawa tempoh bagi menjelaskan bayaran Cukai Taksiran bagi Penggal Pertama Tahun 2026 kini telah tamat sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, bermula pada Mac 2026 ini, pihak Majlis akan melaksanakan penguatkuasaan tegas melalui pengeluaran Notis E dan tindakan sitaan ke atas pemilik yang masih gagal menjelaskan tunggakan masing-masing mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Adalah menjadi satu kerugian besar buat pemilik harta sekiranya terpaksa menanggung kos tambahan melalui bayaran denda Notis E dan kos pengurusan waran yang sepatutnya boleh dielakkan.
Kelewatan menjelaskan tunggakan ini bukan sahaja mengakibatkan peningkatan jumlah bayaran yang perlu dilunaskan secara sia-sia, malah boleh membawa kepada tindakan sitaan harta alih di premis anda.
Oleh yang demikian, para pemilik harta dinasihatkan agar segera membuat semakan dan menjelaskan baki tunggakan dengan kadar segera secara dalam talian melalui portal atau aplikasi N9Pay atau terus ke kaunter pembayaran Majlis Daerah Tampin, Gemencheh & Gemas sebelum tindakan penguatkuasaan di lapangan dimulakan.
Pihak Majlis akan mengambil langkah perundangan yang sewajarnya bagi memastikan setiap pemilik harta memenuhi tanggungjawab mereka demi kelangsungan pembangunan daerah Tampin.


