Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 (Pengubahan 3) akan diadakan selama 4 minggu (03 Mac 2025 hingga 02 April 2025) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap pengubahan sebahagian Zon Guna Tanah di Daerah Tampin.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 02 April 2025 (Rabu).
PERANAN ANDA:
- Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 (Pengubahan 3) di lokasi yang dinyatakan.
- Anda boleh memeriksa Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 (Pengubahan 3) sepanjang tempoh publisiti dijalankan.
- Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Tampin melalui link bantahan berikut :- Borang Bantahan