21 Jan 2025
Guna plastik dengan bijak!
Larangan penggunaan beg plastik jenis Oxo-degradable dan Photodegradable. Kedua-dua jenis plastik ini boleh mengurai menjadi microplastic yang membahayakan kepada haiwan dan manusia apabila memasuki rantaian makanan.
Oleh itu, MDTampin mengambil inisiatif mempromosikan beg plastik biodegradasi di Pasar Malam Gemas agar peniaga mudah mendapatkan bekalan beg plastik tersebut. Plastik ini juga boleh didapati di Pejabat MDTampin dengan harga istimewa.