20 Jan 2025
Kempen & penjualan beg plastik biodegradasi diteruskan & lokasi seterusnya adalah Pasar Pagi Gemencheh. Kempen ini penting bagi memastikan peniaga maklum tentang penguatkuasaan penggunaan beg plastik mesra alam ini yang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025 yang lalu.
Pemeriksaan lesen turut diadakan & sebanyak 2 kompaun telah dikeluarkan. Peniaga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.