Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 09/2024 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Zamrud, Pejabat MDTampin. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Cik Pang Fui Ju, Ahli Majlis MDTampin.
Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Pn. Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua MDTampin. Didalam ucapan aluan, beliau amat menekankan konsep S.W.O.T didalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang akan dihadapi. Ia boleh dijadikan kaedah analisis yang akan membantu Ahli Majlis dan Jabatan agar segala permasaalahan dapat dikenalpasti dan diatasi dengan segera dan berkesan. Turut hadir YB. Tuan Suhaimizan Bin Bizar, ADUN Kawasan Gemencheh. Mesyuarat kali ini juga telah menjemput Jabatan Perkhidmatan Pembentungan(JPP) bagi membentangkan status perlaksanaan projek pembentungan di Bandar Tampin Dan sekitarnya yang masih dalam tindakan kontraktor dilantik.