Program turun padang bersama Yang Dipertua, Ahli Majlis serta ketua jabatan Majlis Daerah Tampin (MDT) di lima (5) kawasan Gemencheh yang dikenal pasti bagi meninjau isu dan permasalahan yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan.
Turut hadir ialah YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, ADUN Kawasan Gemencheh dan Pn. Nur Amalina binti Mat, Jurutera Jalan, JKR Tampin bagi mencari titik penyelesaian isu tersebut.
Agenda diteruskan dengan menyantuni pesara MDT, Encik Mohd Farid bin Hassan di kediamannya di Taman Sri Intan, Gemencheh. Didoakan semoga beliau dikurniakan semangat yang kuat dan kembali sihat sejahtera.