MENU
Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Sempena World Cleanup Day 2024.
Majlis pelancaran peringkat Daerah Tampin telah disempurnakan oleh Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin. Program telah dijalankan disekitar kawasan perniagaan Taman Sri Intan, Tampin. Seramai lebih 200 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pelajar sekolah, para peniaga dan syarikat swasta telah mengambil bahagian.

Program yang diadakan serentak diseluruh negara ini telah menempatkan nama di Malaysia Books Of Records kerana telah melibatkan penyertaan teramai didalam program pembersihan serentak di Malaysia.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada yang telah terlibat bersama dalam menjayakan program HARI CUCI MALAYSIA moga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
Negara bersih rakyat sihat!