Tuan YDP bersama anggota Jabatan Majlis Daerah Tampin & Badan Pengurusan Tampin Square membuat lawatan di sekitar kawasan Tampin Square bagi cadangan menaikkan aktiviti perniagaan dan membuat pemeriksaan berkaitan isu-isu semasa yang berbangkit. Lawatan bersama JMB ini adalah satu peluang yang sangat bermakna untuk kita berkongsi pandangan, mengeratkan hubungan, dan meninjau perkembangan serta keadaan semasa di kawasan kita. Besar harapan MDT, semoga hasil perbincangan & lawatan ini dapat memberi pandangan yang lebih jelas tentang keperluan dan penambahbaikan yang boleh kita lakukan untuk memastikan bangunan Tampin Square sentiasa releven sebagai pusat komersial di Tampin.