Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai serta Sijil Suruhanjaya Tenaga.
Borang Sebutharga akan dijual pada harga RM 50.00. Borang ini boleh diperolehi di Jabatan Kejuruteraan Dan Bangunan MDT (Tingkat 2).. Kontraktor dinasihatkan agar mengamalkan tatacara Penjarakan Sosial (Social Distancing) semasa berurusan di kaunter MDT. Sebarang pelanggaran arahan pihak tuan akan di ambil tindakan.
Setiap kesilapan pada Borang Sebutharga hendaklah ditandatangan balas, tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair (liquid paper).
Tempoh sah laku sebutharga
Sebutharga ini sah laku dalam tempoh 90 hari dari tarikh mengemukakan Sebutharga. Walaubagaimanapun Kerajaan berhak untuk melanjutkan tempoh sah laku Sebutharga berkenaan ke tempoh yang lebih sesuai apabila dikeluarkan.
Borang Sebutharga yang telah diisi dan dilengkapkan serta berlakri hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga
mengikut nombor Sebutharga yang tertera di bahagian hadapan Peti Sebutharga (Peti Tawaran) dan mendaftar
memasuki peti tawaran di Bahagian Kejuruteraan Dan Bangunan, Majlis Daerah Tampin. Nombor Sebutharga dan
Tajuk Kerja hendaklah ditulis sebelah kiri bahagian atas muka depan sampul surat. Borang Sebutharga
hendaklah dihantar tidak lewat pada jam dan tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah.
Kontraktor-kontraktor G2 yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan CIDB di bawah Kategori dan Pengkhususan berikut dan masih dibenarkan untuk membuat kerja-kerja Sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai Sebutharga di link ini