02 Aug 2022
Kempen yang berlangsung pada 01 Ogos 2022 ini telah dijalankan di Pasar Awam Gemencheh. YB. Tuan Veerapan a/l Superamaniam, ADUN Kawasan Repah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Sembilan telah berbesar hati untuk merasmikan kempen tersebut. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Majlis MDT, SW Corp, perniaga pasar awam dan semua jabatan kerajaan yang terlibat dalam kempen Pasar Awam Bersih ini.