MENU

Sepanjang dua tahun Malaysia dilanda wabak Covid 19, rakyat Malaysia tidak dapat untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai. Semua pihak berjuang untuk mengurangkan penularan wabak Covid 19 ini. Akhirnya pada April 2022, pihak kerajaan Malaysia telah membenarkan semua pihak untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai di sesebuah kawasan. Oleh itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Tampin (KESUKMADT) telah mengambil peluang ini bagi mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 yang berlangsung  pada 20 Mei 2022 di Dewan Bandaran Tampin. Program ini adalah merupakan program tahunan oleh pihak KESUKMADT dan ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semua kakitangan di Majlis Daerah Tampin (MDT). Sebagai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, kakitangan digalakkan memakai pelitup muka dalam kawasan tertutup dan melakukan penjarakan fizikal jika tidak memakai pelitup muka. Terdapat pelbagai gerai makan dan minuman disediakan hasil gabungan jabatan/bahagian/unit di MDT. Gerai tersebut dihias indah mengikut tema yang telah ditetapkan oleh urusetia. Pertandingan gerai tercantik dan menekankan elemen kitar semula turut diadakan. Pertandingan ini dimenangi Jabatan Perlesenan & Kesihatan hasil usaha kreatif menonjolkan suasana raya yang menarik ala kampung tradisional di Negeri Sembilan.

Selain itu, pihak MDT juga telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan Encik Mohd Farid bin Hassan & Tuan Hj Mohd Azuddin bin Mat Jidin. Majlis ini bertujuan untuk mengingati jasa baik dan pengorbanan mereka terhadap MDT. Meraka merupakan kakitangan yang berpengalaman di MDT dimana Encik Mohd Farid telah berkhidmat selama 41 tahun manakala Tuan Hj Mohd Azuddin pula selama 40 tahun. Jasa mereka akan sentiasa dikenang sepanjang berkhidmat di MDT. Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan.