Ketua Jabatan Kejuruteraan MDT, Encik Kamarul Azudin bin Baharudin, membuat Lawatan bersama pihak Pemaju dan Konsultan Projek bagi meninjau aduan tanah runtuh di Taman Kasturi Gemencheh dan hasil lawatan serta Perbincangan bersama telah mendapati :-
1) Terdapat mendapan di hadapan rumah N0. 327, Taman Kasturi Gemencheh dan tindakan segera bagi pembaikan secara 'Pitching' di kawasan tersebut dilaksanakan oleh pihak pemaju perumahan serta mengenalpasti punca mendapan yang akan dibincang secara bersama di antara pihak pemaju dan Majlis Daerah Tampin
2) Terdapat tanah runtuh di sepanjang laluan belakang bersebelahan tangki air dan tangki kumbahan tindakan awal oleh pihak pemaju dengan meletakkan sekatan bagi penutupan sementara keseluruhan jalan tersebut serta kerja-kerja menggantikan longkang terbuka dengan jenis tertutup agar lebih kukuh akan dilaksakana dengan kadar segera oleh pihak pemaju.