MDT menawarkan ruang perniagaan berbentuk arked, bengkel dan gerai makanan untuk disewakan kepada mereka yang berminat. Lokasi ruang perniagaan terletak disekitar Daerah Tampin merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar.
Syarat-syarat Asas Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di dalam Daerah Tampin
- Tidak menyewa / mempunyai perniagaan lain
- Tidak mempunyai pekerjaan tetap yang lain
Sila dapatkan borang permohonan di Kaunter Jabatan Penilaian, MDT ; ATAU di Kaunter Pejabat Majlis Daerah Tampin, Cawangan Gemas. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Pn. Noor Saadah binti Karim di talian 06-4411601.
Senarai terkini kekosongan adalah seperti berikut :-
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Februari 2021