Adalah dimaklumkan bahawa semua pasar malam di Daerah Tampin dibenarkan beroperasi didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 30 Januari 2021 dari 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Peniaga dibenarkan untuk menyusun barang seawal 3.00 petang.
Hanya peniaga yang menjual makanan dan barangan am sahaja dibenarkan menjalankan perniagaan.
Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan.
Harap maklum dan terima kasih.