TAMPIN, 26 APR-Pemantauan dilakukan oleh anggota penguatkuasa Majlis dengan kerjasama anggota RELA di keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin termasuk kawasan pasar awam bagi memantau dan menyarankan pemilik premis perniagaan mahupun perkhidmatan supaya mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT dan arahan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.(Keseluruhan premis adalah terkawal).
Pemantauan pada hari ini turut dilakukan di sebelah petang hingga malam memastikan kawasan di mana tumpuan penjaja terkawal dan serahan notis kepada penjaja yang ingkar arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh majlis dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diambil tindakan sekiranya masih berbuat demikian.